Saturday, April 11, 2009

KJ di Pinggirkan.

Salam sejahtera.

Barisan kabinet baru sahaja di umumkan oleh PM baru iaitu Najib Razak. Yang menarik perhatian ialah 'keciciran' insan yang di kenali sebagai KJ dari senarai kabinet baru. Hairan bin ajib juga bila Ketua Pemuda UMNO tidak di berikan tugas yang penting dalam pentadbiran negara. Bukankah sebelum ini Pemuda di katakan sayap kanan dalam pentadbiran?

Kejadian pelik ini mendapat perhatian baik PR ataupun BN itu sendiri. Dalam media massa BN,Khairi mengatakan bahawa dia tidak kecewa jika tidak di berikan 'tugas' penting itu,katanya dia mahu menumpukan perhatian kepada Sayap pemuda yang baru di terajuinya itu.Mungkin ini adalah 'statement' untuk mengubat kekecewaannya bilamana dia mendapati timbalan serta pencabarnya di berikan 'kepercayaan' oleh PM yang baru.

Tun M,juga ada memberi ulasan mengenai 'saf' baru PM,tanpa merujuk sesiapa,dia mengatakan bahawa PM tidak mahu menyenaraikan barisan yang mempunya masalah 'rasuah' dalam kabinet baru,ia juga melambangkan iltizam PM baru yang bersungguh membanteras rasuah.
Kenyataan ini dapat di terjemahkan bahawa PM yang baru ini tidak 'sebulu' dan 'something' dengan Ketua Pemuda. Ada juga yang mengatakan bahawa 'jodoh' Khairi dalam Pemuda tidak lama.

Mengenai tidak tersenarainya KJ,mungkin faktor Tun M. Ada mengatakan bahawa jika KJ di senaraikan mungkin Tun M menarik balik kemasukannya dalam UMNO yang semakin nazak itu.

Kesimpulannya,UMNO kini telah menghadapi krisis dalaman yang agak parah setelah peralihan kuasa baru sahaja di selesaikan. Kita pendukung PR bersama-samalah lihat apakah 'episod' seterusnya yang akan berlaku.

Akhir sekali 'signal' rakyat telah pun jelas - BN telah di tolak. Buktinya pemilihan di '2 bukit' baru-baru ini....BN=Be End.