Sunday, May 17, 2009

Dato' Anifah Aman akan menghadapi tindakan saman oleh Ketua Umum KeADILan

HarakahDaily.

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Menteri Luar, Dato' Anifah Aman akan menghadapi
tindakan saman oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim jika beliau tidak memohon maaf secara terbuka atas tuduhan Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri apabila beliau berjaya mengambil alih kuasa Kerajaan Malaysia. Iklan



Peguam Sangkara Nair dan rakan-rakan yang bertindak bagi pihak Anwar akan mengfailkan saman terhadap keyataan Anifah jika beliau tidak memohon maaf dalam masa 24 jam dari sekarang.

"Klien kami, Anwar menafikan bahawa beliau pernah menawarkan jawatan tersebut kepada Anifah dan menafikan sekeras-kerasnya pertuduhan sedemikian oleh Anifah.

"Pertuduhan demikian langsung tidak berasas, berbaur fitnah dan mahu menjatuhkan imej Anwar di mata dunia,"jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Anifah yang dipetik The Star hari ini berkata, "Dia (Anwar) cuba memujuk ahli-ahli Parlimen dan saya sendiri ditawarkan untuk melompat kepada pembangkang dengan jawatan amat lumayan dan dia juga beritahu seperti (jawatan) Timbalan Perdana Menteri."

Sementara,tajuk berita The Star hari ini berbunyi: "Anwar offered me the DPM�s post, says Anifah."

Dalam pada itu, tajuk berita Mstar Online pula berbunyi, "Anifah: Anwar pernah tawar jawatan TPM bentuk Kerajaan Persekutuan."

Anifah berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan kepada beliau dalam satu sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, di Washington, Amerika Syarikat semalam.

Menteri Luar itu juga berkata bahawa Anwar tidak menceritakan keadaan sebenar mengenai Malaysia.

"Anda tahu, kami mempunyai kepercayaan teguh terhadap sistem kehakiman kami. Mengenai Anwar Ibrahim, kita amat mengenalinya. Lebih atau kurang, apa yang dia (Anwar) telah nyatakan khususnya di luar negara, banyak perkara yang diperkatakan adalah tidak benar.

"Dia telah berulang kali menyatakan sebelum pilihan raya bahawa dia akan memberikan bukti dan namum sehingga hari ini, dia tidak memberikan apa-apa," katanya ketika menjawab soalan seorang wartawan pada sidang akhbar itu. - mks._

Friday, May 15, 2009

PROGRAM DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

PROGRAM DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DI DUN PENANTI - SABTU, 16 MEI 2009

Berikut adalah program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di DUN Penanti pada hari Sabtu, 16 Mei 2009. Program ini merupakan satu rangka lawatan mingguan Dato’ Seri ke DUN Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh.


Berikut adalah butiran program beliau:




5.30 - 6.30 Ptg
Program: Hi-Tea
Tempat: Sg. Semambu (Belakang Shell)

7.15 - 8.30 Mlm
Program: Solat dan Kuliah Maghrib
Tempat: Masjid Padang Ibu

8.40 - 9.45 Mlm
Program: Solat dan Kuliah Isyak
Tempat: Masjid Berapit

10.00 – 11.00 Mlm
Program: Ceramah Kelompok
Tempat: Mukim 9, Tanah Liat

11.00 -12.00 Mlm
Program: Ceramah Umum (Penceramah: YB Dr Hatta Ramli dan Sdr Mustafa Kamil Ayub)
Tempat: Kg Tok Elong





Pihak saudara/saudari dijemput untuk membuat liputan bagi program-program di atas.

Thursday, May 14, 2009

Kemelut di Perak: Bubar DUN

Hanya 21 jam sahaja DS IR Nizar menjadi MB sah,maka BN kembali berkuasa setelah berjaya dalam permohonan di Makhamah rayuan. Maka ini merupakan satu sejarah baru dalam politik tanah air.

Maka rakyat amnya rakyat Perak berada dalam kebingungan bila mana kejadian ini berlaku. Yang ruginya adalah rakyat Perak.

Dalam menyelesaikan kemelut yang kian meruncing ini,hanya terdapat satu sahaja jalan penyelesaiannya. Ia itu membubarkan DUN Perak dan mengadakan pilihanraya semula.

Untuk membubarkan DUN mungkin ia merupakan satu langkah ngeri buat BN. Umum mengetahui bahawa BN kini hanya di terima di Sarawak buat ketika ini. Buktinya kemenangan di Batang Ai baru-baru ini. Rekod 4-1 ini amat merisaukan BN bila hendak mengadakan sesuatu pilihanraya.

Buatlah apa cara sekalipun asalkan nama BN rakyat pasti menghukum.Inilah yang dikatakan satu transformasi yang berlaku di Malaysia hari ini dalam politik.

Situasi di Perak juga sebenarnya kayu pengukur buat rakyat dalam menilai wadah politik sesuatu 'kumpulan'. Di sinilah mereka akan melihat parti mana yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan isu rakyat.Di samping itu juga rakyat dapat melihat dengan jelas yang mana intan dan yang mana kaca. Yang mana mendaulatkan undang-undang,yang mana membelakangkan undang-undang.Ketika inilah rakyat dapat menilai dan dapat membuat pilihan yang bijak.

Mungkin inilah yang di katakan kuasa Tuhan. BN bagaikan meludah kelangit bila mana di katakan mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat,tapi merekalah yang menyusahkan rakyat demi kepentingan politik peribadi.

Buat Dr Zambri jika anda benar-benar ikhlas dalam menyelesaikan kemelut yang kian memuncak ini, 'bubarlah' DUN,biar rakyat buat pilihan.

Yang mana menjadi pilihan rakyat,terima lah dengan hati yang terbuka. Jangan menjadi hero di media massa yang pro kerajaan sahaja sedangkan sumpah seranah rakyat Perak kian memuncak.

Tuesday, May 12, 2009

Kuasa Tuhan:PR di ambang kejayaan

Tuhan memberkati kita.

Tanggal 11 Mei 2009 satu kejutan telah melanda Malaysia terutamanya bagi pihak pemerintahan BN. Makhamah telah mengisyitiharkan bahawa DS IR Nizar merupakan MB Perak yang sah mengikut undang-undang.

Keputusan ini telah melenyapkan segala tohmahan dari BN sebelum ini yang menyatakan bahawa PR adalah sebuah 'kumpulan' yang menghuru-hara kan Malaysia. Berbagai tohmohan yang telah di lemparkan sebelum ini. Antaranya Penderhaka kepada institusi Raja,menimbulkan kekacauan,tidah menghormari undang-undang dan pelbagai lagi tohmahan yang jahat di lemparkan.

Tapi itulah yang di katakan kuasa Tuhan. Hari ini mereka bagaikan meludah kelangit tatkala keputusan makhamah telah di keluarkan.

Bergelinangan air mata bila mendapat tahu bahawa DS Ir Nizar merupakan MB Perak yang sah...Itulah kuasa Tuhan yang tak dapat di atasi oleh Kerajaan (BN).

Tatkala saentero Malaysia telah mengetahui akan keputusan makhamah,maka kerajaan pimpinan Najib bagaikan di 'chek mate' hinggakan hilanglah segala langkah untuk di langkah.

Penyokong UMNO kini bagaikan tak percaya bahawa UMNO/BN yang selama ini di sokong bagaikan nak 'mampas' rupa-rupanya PERAMPAS amanah yang mereka berikan selama ini.

Buat orang-orang UMNO fikirkanlah...adakah kepercayaan anda selama ini mereka hargai...Pintu Pakatan Rakyat sentiasa terbuka buat anda.


Berubahlah Sebelum Parah.

Selamatkanlah Anak-anak kita dari jerangkap samar BN/UMNO.