Saturday, April 9, 2011

AMKPP Desak Perubahan Drastik Terhadap SPRM


Kredit for: Sharpshooter blog

AMKPP Desak Perubahan Drastik Terhadap SPRM

8 APRIL 2011

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, iaitu Penolong Pengarah Kastam Selangor yang telah ditemui mati jatuh dari Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) kesal dengan insiden terbaru ini memandangkan imej SPRM dan agensi kerajaan lain menjadi semakin parah. Dengan isu kematian Teoh Beng Hock, yang juga jatuh mati dari Bangunan SPRM Selangor, SPRM perlu mengambil tanggungjawab penuh atas insiden terbaru ini. SPRM wajib mengambil langkah serius dan drastik demi memulihkan imej mereka sebagai agensi yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat.

Justeru, demi menyelamatkan imej SPRM yang tercalar teruk, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menggesa Kerajaan Malaysia agar tuntutan di bawah ini dilaksanakan SEGERA;

1) Mendesak supaya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, bertanggungjawab penuh atas kejadian ini dan MELETAK JAWATAN dengan segera.
2) Menuntut agar keselamatan orang di bawah siasatan SPRM DTINGKATKAN.
3) Menggesa penubuhan segera SURUHANJAYA DIRAJA untuk mengadili kes ini.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) tegas membawa suara rakyat tidak mahu lagi insiden ini berulang lagi. Ini adalah jelas merupakan KEGAGALAN MANIFESTASI 1 MALAYSIA yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri. Adakah ini yang dinamakan keselamatan & keadilan rakyat diutamakan?

Sekian, terima kasih.
AMIR HJ. GHAZALI
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)

Monday, February 22, 2010

Tahniah Patahiyah Ismail

Keadilan Cabang Kepala Batas mengucapkan Tahniah buat Patahiyah Ismail di atas perlantikan beliau sebagai Yang Dipertua (YDP) MPPP berkuatkuasa 1 Mac ini.


Di atas perlantikan beliau menerajui MPPP setidaknya dapat menutup mulut pihak-pihak serta agen UMNO yang 'melabelkan' PR di Pulau Pinang Anti- Melayu.





Di harapkan perlantikan beliau dapat di nilai sendiri akan sistem CAT yang di guna pakai di Pulau Pinang.





Di harapkan juga Yang Dipertua baru ini dapat meneraju MPPP serta menjadikan ia sebuah badan yang berintegeriti.





Tahniah Sekali Lagi.

KM Menyangkal Dakwaan Liar

Diterbitkan oleh editor media NT

Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah berbohong tentang peruntukan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) pada tahun 2008 di era pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebanyak RM12,548,580 kerana ia disahkan oleh Jabatan Kewangan Negeri, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Katanya, peruntukan RM7,548,580 dikhaskan untuk pengurusan manakala RM5 juta lagi untuk tujuan pembangunan.
"Saya terpaksa buat kenyaaan ini berikutan terdapat tuduhan liar oleh pihak yang tidak bertanggugjawab yang mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bercakap tidak berfakta. Itulah hakikatnya kerana ia disahkan oleh Jabatan Kewangan Negeri," ujarnya dalam kenyataan akhbar semalam.

Pihak yang tidak bertanggungjawab baru-baru ini menyangkal kenyataan Lim bahawa bantuan yang diterima oleh Maipp pada tahun 2008 semuanya perbelanjaan pembangunan.
Pada perbelanjaan kerajaan negeri kali pertama iaitu tahun 2009, Maipp sudah mendapat limpahan bantuan sebanyak RM20.5 juta yang merangkumi pengurusan dan perbelanjaan, manakala pada tahun ini dinaikkan lagi kepada RM24.3 juta.
"Kerajaan Pakatan Rakyat melakukan yang terbaik untuk umat Islam berbanding BN di bawah pentadbiran Tan Sri Koh Tsu Koon. Inilah yang merunsingkan sekutu BN iaitu Umno yang asyik berdendam dengan Pakatan Rakyat ekoran mereka tidak pun bertindak membela orang Melayu sebalikya sanggup menarik balik perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)," tegas beliau.

Jesteru itu, beliau menasihatkan pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk badan bukan kerajaan (NGO) jangan membuat tuduhan liar sebaliknya mendokong kerajaan sedia ada demi meningkatkan syariat Islam di negeri ini.

Wednesday, January 20, 2010

Pertemuan Bersama Tuan Speaker.

Pada 16 Januari lalu PKR Cabang Kepala Batas telah di kunjungi oleh Speaker Dewan UndanganNegeri Pulau Pinang iaitu YB Dato' Abdul Halim Hussain.

Kedatangan beliau adalah bertujuan membicarakan serta membincangkan hala tuju Keadilan khususnya negeri Pulau Pinang. Perbincangan itu berlangasung dengan semua kehadiran AJK Cabang Kepala Batas termasuk 24 ranting-ranting yang berada di Cabang Kepala Batas.

Beliau,iaitu Tuan Speaker berasa bangga dengan daya usaha Cabang Kepala Batas yang di terajui oleh Ketua Cabang iaitu Zaini B Awang yang juga Ahli Majlis MPSP. Beliau turut bersasa bangga dengan inisiatif Ketua Cabang yang mempunyai pejabat sendiri.

Dalam kehadirannya banyak perkara yang di nyatakan dalam hala tuju parti dan juga persediaan PRU13.

Di harapkan dengan kehadiran Tuan Speaker dapat melihat sendiri akan keaktifan Cabang Kepala Batas yang selama ini di gambarkan sebaliknya.


Friday, January 15, 2010

Peruntukan Hal Ehwal Agama Islam di Tambah.

Dari Harakah Daily.

GEORGETOWN, 15 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat negeri menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2010 berjumlah RM24.3 juta berbanding tahun lalu sebanyak RM20.5 juta.

Menurut beliau, peruntukan tahun lalu pun melebihi apa yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) berikan iaitu hanya RM 12.5 juta sahaja.

"Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dilihat apabila menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam iaitu meliputi peruntukan pembangunan sebanyak RM7.2 juta, peruntukan mengurus RM13.4 juta dan sebagainya RM3.7 juta, " tegasnya pada Majlis Perlantikan Majlis Syura Kerajaan Negeri, di sini, pagi ini.

Pada majlis itu, lapan orang wakil PAS Negeri dilantik menggangotai majlis itu yang diletakan di bawah kelolaan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim.

Mereka yang menerima watikah perlantikan daripada Guan Eng ialah dua orang Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Taqiudin Hamzah dan Rosidi Husain, Yang Dipertua PAS Kawasan Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man, bekas Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Mazani Abdullah, Ketua dan Setiausaha Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Soid Mohd Amin dan Ustaz Suhaimi Abdullah, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri dan kawasan Bayan Baru , Ustazah Rahmah Md Isa dan Puan Asnah Hashim.

Turut dilantik ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Hashim Haji Yahya, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Elias Zakaria, Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang, Dato' Haji Mustaffa Kasim, Fellow Kanan Akademi Kolej Univesiti Antarabangsa Selangor (KUIS), Prof Madya Univesiti Tun Husein Onn, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Pakar Motivasi, Dr Danial Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM, Haji Rhafoor Haji Mahmood, Profesor USM, Prof Kamarulazizi Ibrahim.

Majlis tersebut turut dihadiri olehe Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Hassan Haji Ahmad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Hussein.

Monday, January 11, 2010

Seiausaha Agong PKR yang baru.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat telah diadakan semalam dan antara perkara lain isu perletakan jawatan Setiausaha Agung oleh Dato' Salehuddin Hashim telah dibincangkan.

Dengan berat hati, kami menghormati keputusan beliau dan menerima perletakan jawatannya mulai 31 Januari 2010.Bagi pihak Parti, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Salehuddin atas perkhidmatan cemerlang beliau sebagai Setiausaha Agung sejak April 2008 dan juga sebagai Setiausaha Pengelola dari tahun 2004 hingga 2008.

Memandangkan masa peralihan yang pendek serta tugas-tugas penting yang perlu dijalankan segera, saya telah melantik Saifuddin Nasution Ismail, yang merupakan Ahli Parlimen Machang, sebagai Setiausaha Agung baru dan perlantikan beliau telah diterima Majlis Pimpinan Pusat semalam.


WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PresidenParti Keadilan Rakyat

Saturday, January 9, 2010

Kutukan Terhadap Pelampau.

Keadilan Cabang Kepala Batas mengutuk tindakan pihak 'pelampau' yang telah membakar gereja pada hari Jumaat lalu.




Tindakan ini tidak bukanlanlah 'ajaran Islam Sebenarnya dalam berhidup beragama' di dalam sesebuah negara Islam di Malysia. Malah tindakan pelampau ini telah melanggari ajaran Islam Sebenar yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.



KeAdilan Cabang Kepala Batas juga meminta Pihak yang berwajib mengambil tindakan yang sekeras-kerasnya terhadap pelampau yang melampaui ini demi menjaga keharmonian masyarakat di Malaysia dan juga kesucian Agama Islam.



"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (49:13)

Islam itu sesuai untuk semua...





Penerangan.