Salam sejahtera.
Barisan kabinet baru sahaja di umumkan oleh PM baru iaitu Najib Razak. Yang menarik perhatian ialah 'keciciran' insan yang di kenali sebagai KJ dari senarai kabinet baru. Hairan bin ajib juga bila Ketua Pemuda UMNO tidak di berikan tugas yang penting dalam pentadbiran negara. Bukankah sebelum ini Pemuda di katakan sayap kanan dalam pentadbiran?
Kejadian pelik ini mendapat perhatian baik PR ataupun BN itu sendiri. Dalam media massa BN,Khairi mengatakan bahawa dia tidak kecewa jika tidak di berikan 'tugas' penting itu,katanya dia mahu menumpukan perhatian kepada Sayap pemuda yang baru di terajuinya itu.Mungkin ini adalah 'statement' untuk mengubat kekecewaannya bilamana dia mendapati timbalan serta pencabarnya di berikan 'kepercayaan' oleh PM yang baru.
Tun M,juga ada memberi ulasan mengenai 'saf' baru PM,tanpa merujuk sesiapa,dia mengatakan bahawa PM tidak mahu menyenaraikan barisan yang mempunya masalah 'rasuah' dalam kabinet baru,ia juga melambangkan iltizam PM baru yang bersungguh membanteras rasuah.
Kenyataan ini dapat di terjemahkan bahawa PM yang baru ini tidak 'sebulu' dan 'something' dengan Ketua Pemuda. Ada juga yang mengatakan bahawa 'jodoh' Khairi dalam Pemuda tidak lama.
Mengenai tidak tersenarainya KJ,mungkin faktor Tun M. Ada mengatakan bahawa jika KJ di senaraikan mungkin Tun M menarik balik kemasukannya dalam UMNO yang semakin nazak itu.
Kesimpulannya,UMNO kini telah menghadapi krisis dalaman yang agak parah setelah peralihan kuasa baru sahaja di selesaikan. Kita pendukung PR bersama-samalah lihat apakah 'episod' seterusnya yang akan berlaku.
Akhir sekali 'signal' rakyat telah pun jelas - BN telah di tolak. Buktinya pemilihan di '2 bukit' baru-baru ini....BN=Be End.
Saturday, April 11, 2009
Tuesday, March 31, 2009
"New Born"
Salam Perkenalan.
Dengan rasa penuh tanggungjawabnya,kami bahagian Kepala Batas 'cuba' turut serta dalam menyampaikan maklumat di dalam 'media maya' yang kian mendapat perhatian.
Ia merupakan langkah pertama bagi bahagian kami dalam 'bersama' arus permodenan di mana 'maklumat bersama masa'.
Di akui bahawa,akan terdapat kececelaan dalam 'mentadbir' media ini. Ini kerna kami budak yang baru lahir yang perlu di dukung dan di ajar sebelum masuk ke alam seterusnya hinggalah dewasa.
Segala kritikan dan teguran membina amat di alukan bagi memastikan 'media' ini mencapai ketahap 'hebat'.
Hukum alam,Setahun baru la boleh berjalan,itu pun adakalanya tersungkur,apatah lagi bagi kami yang baru 'lahir' ini.
Kesimpulanya-Kesempurnaan itu adalah milik Tuhan. Kita hanya mampu jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab.

Subscribe to:
Posts (Atom)