Thursday, May 14, 2009

Kemelut di Perak: Bubar DUN

Hanya 21 jam sahaja DS IR Nizar menjadi MB sah,maka BN kembali berkuasa setelah berjaya dalam permohonan di Makhamah rayuan. Maka ini merupakan satu sejarah baru dalam politik tanah air.

Maka rakyat amnya rakyat Perak berada dalam kebingungan bila mana kejadian ini berlaku. Yang ruginya adalah rakyat Perak.

Dalam menyelesaikan kemelut yang kian meruncing ini,hanya terdapat satu sahaja jalan penyelesaiannya. Ia itu membubarkan DUN Perak dan mengadakan pilihanraya semula.

Untuk membubarkan DUN mungkin ia merupakan satu langkah ngeri buat BN. Umum mengetahui bahawa BN kini hanya di terima di Sarawak buat ketika ini. Buktinya kemenangan di Batang Ai baru-baru ini. Rekod 4-1 ini amat merisaukan BN bila hendak mengadakan sesuatu pilihanraya.

Buatlah apa cara sekalipun asalkan nama BN rakyat pasti menghukum.Inilah yang dikatakan satu transformasi yang berlaku di Malaysia hari ini dalam politik.

Situasi di Perak juga sebenarnya kayu pengukur buat rakyat dalam menilai wadah politik sesuatu 'kumpulan'. Di sinilah mereka akan melihat parti mana yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan isu rakyat.Di samping itu juga rakyat dapat melihat dengan jelas yang mana intan dan yang mana kaca. Yang mana mendaulatkan undang-undang,yang mana membelakangkan undang-undang.Ketika inilah rakyat dapat menilai dan dapat membuat pilihan yang bijak.

Mungkin inilah yang di katakan kuasa Tuhan. BN bagaikan meludah kelangit bila mana di katakan mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat,tapi merekalah yang menyusahkan rakyat demi kepentingan politik peribadi.

Buat Dr Zambri jika anda benar-benar ikhlas dalam menyelesaikan kemelut yang kian memuncak ini, 'bubarlah' DUN,biar rakyat buat pilihan.

Yang mana menjadi pilihan rakyat,terima lah dengan hati yang terbuka. Jangan menjadi hero di media massa yang pro kerajaan sahaja sedangkan sumpah seranah rakyat Perak kian memuncak.

No comments:

Post a Comment